Kampung Buku Malaysia Melaka
Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada
17 April 2007. Ianya diwujudkan hasil
daripada idea yang di cetuskan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, dimana
objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di
samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.
Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan satu-satunya kampung buku yang beroperasi di Malaysia dan ke 5 di Asia serta ke 33 di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan Langkawi. Selain itu, Telah Diiktiraf oleh Organisation Of Book Towns (IOB) dan Book Town Movement
Penubuhan Kampung Buku ini dapat
mengumpul 15,000 buah buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk
tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada
masyarakat.
Kampung Buku Malaysia Melaka ini di urus oleh seorang
pengurus dan 2 kakitangan di samping kakitangan penerbit yang menyertai
di dalam Kampung Buku Malaysia, Melaka.


