Kampung Buku Malaysia Melaka
Kampung Buku Malaysia Melaka telah
ditubuhkan bermula pada 17 April 2007. Ianya diwujudkan hasil
daripada idea yang di cetuskan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, dimana
objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di
samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.
Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan
satu-satunya kampung buku yang beroperasi di Malaysia dan ke 5 di
Asia serta ke 33
di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil
contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan
Langkawi. Selain itu, Telah
Diiktiraf oleh Organisation Of Book
Towns (IOB) dan Book Town Movement
Penubuhan Kampung Buku ini dapat
mengumpul 15,000 buah buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk
tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada
masyarakat.
Kampung Buku Malaysia Melaka ini di urus oleh seorang
pengurus dan 2 kakitangan di samping kakitangan penerbit yang menyertai
di dalam Kampung Buku Malaysia, Melaka.

Perbadanan Hang Tuah
Jaya Copyright© 2009 All Right Reserved
PENAFIAN:Perbadanan Hang Tuah Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dalam laman ini.